بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وعلى كل حال والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

PATWS merupakan sebuah institusi pengajian yang sedang berkembang di alaf ini untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berwibawa dan ternama di persada antarabangsa dalam pendidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran. Pelaksanaan sistem pembelajaran yang unik dalam memajukan ilmu pengetahuan serta pembelajaran Al-Quran melalui kaedah duplicate dan pendidikan yang berkualiti untuk masyarakat dan negara. Bertepatan dalil dari Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

وما خلقة الجن والإنسان إلا ليعبدون

“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”.

Diperkemaskan dengan beberapa dalil masyhur yang mengukuhkan lagi tentang pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sahutan PATWS bagi memanfaatkan semua lapisan masyarakat, khususnya pelajar. Diantara dalil-dalil masyhur ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.;

قال النبى صلى الله عليه وسلم:ربَّ قارئ القرآن والقرآن يلعنه

“Sesungguhnya ramai di kalangan pembaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknat akan dia.”

إقراء والقرآن باللحون العرب وإياكم وباللحون أهل الفسق والكتابيين

“Bacalah oleh kamu Al-Quran dengan lahan (alunan) Arab, dan jauhilah kamu semua dari membaca dengan lahan ahli Fasik dan ahli-ahli Kitab.”

وذلك فيما ثبت عن عثمان بن عفان رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال:

(خيركم من تعلم القرآن وعلمه) أخرجه البخارى فى فضائل القرآن

Daripada Saiyidina Usman Al-Affan:

“Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajar pula kepada yang lain.”

وقال صلى الله عليه وسلم آمرا الناس بتعليم قراءة القرآن وبتحرى الإتقان فيها ، بتلقيها عن المتقنين الماهرين:

(خــذوا القرآن من أربعة: من عبد الله بن مسعود ، وسالم ، ومعاذ ، وأبى بن كعب) أخرجه البخارى فى باب (القراء من أصحاب النبى صلى الله عليه وسلم) ح رقم 4999 ج 9 ، ص 46.

“Rasulullah s.a.w. telah menyuruh manusia supaya belajar membaca Al-Quran dan mencatatkan secara bersistematik yang cukup mantap dengan berguru bersama-sama ahli Al-Quran yang mahir.”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Ambillah oleh kamu akan Al-Quran daripada empat orang, iaitu Abdullah Ibn Mas’ud, Salim, Muaz dan Ubai Ibn Ka’ab.”

وعن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن الذى ليس فى جوفه شئ من القرآن كالبيت الخراب)

أخرجه الترمذى ج رقم 2914فى ثواب القرآن ، وراواه أيضا أحمد فى المسند رقم 1947 ، ورواه الحاكم 1/554 وصححه وفى سنده قابوس بن أبى ظبيان وفيه لين ، ومع ذلك فقد قال الترمذى : هذا حديث حسن صحيح

Dari Abi Abbas r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya sesiapa yang tiada di dalam hatinya Al-Quran, ibarat seperti sebuah rumah yang ranap.”

Hasrat PATWS untuk melahirkan intelektual yang berdedikasi, berkualiti, profesional dan siswazah yang mantap kualiti Keimanan, Ketaqwaan, Berpengetahuan dan Berakhlak Mulia berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis dalam menjana pembangunan dan seterusnya menjadi penyumbang ke arah kemajuan Dunia Islam.